Monday, February 6, 2017

BAYANGAN WIRA - A NEW HOPE

assalaamu alaikum, salam sejahtera, dan gong xi fa cai.

permulaan standard ayat aku ialah,"lama btul aku x tengok blog ni".
kah kah kah.

ok!
malas aku nak melencong.
ingat lagi x post aku sblm ni pasal Manhua Revival Project?
sukacita untuk aku maklumkan bahawa projek tu dah mula membuahkan hasil.



hari ini, isnin, 6 februari 2017, adalah tarikh rasmi komik Bayangan Wira jilid 1 berada di pasaran.
gambar ni aku pinjam dari Che Lee (facebook name).
nampak iconic.
ibarat seorang jaguh handalan di tengah2 kesibukan kota yang penuh cabaran.

aku ucapkan terima kasih kepada semua yg telah menyahut seruan dan ajakan untuk like post facebook tu dulu.
sedikit sebanyak, ada kesan juga.

syabas dan tahniah kepada publisher atas terbitnya komik ini.
as always, you guys are awesome.
i'll support you all the way.

dulu pernah terbit (company lain) dengan tajuk The Killer.
bentuk naskhah nipis yg biasa.
tetapi sangkut dekat isu 15.
aku x mampu nak follow masa tu, poket nipis sangat.
sekali lagi dia muncul lepas tu dgn tajuk The Ultimate Killer.
sangkut dekat isu 5.
aku masih x dapat follow, ekonomi aku terlalu ke parit!

sekarang... kali ke-3.
di bawah tajuk baru...
dan aku lebih bersedia.
dah order pun terus langganan untuk setahun!
hopefully, the third time's a charm.

 if you enjoy reading Legenda Raksasa Puaka, you'll enjoy reading Bayangan Wira.

harga RM 18.
diterbitkan sebulan skali.
ura2 mengatakan 49 jilid untuk tamat.
terbit dalam 2 versi.
sepuhan emas dan merah emas.
dan 2 version ni adalah dari jilid 1 hingga ke akhirnya.
TETAPI, versi merah emas ni limited edition, 200 cetakan sahaja dan hanya boleh didapati melalui tempahan facebook.

boleh rujuk di posting facebook ini:


tempah terus dengan bro Fong Yik Hui.
pm terus.
langganan setahun, iaitu 12 jilid, dapat free t-shirt.
postage free.
jimat duit petrol, kikikiki!

untuk yang gemarkan adventure secara old school, boleh la cuba nasib cari kat kedai.
tapi ada yang versi sepuhan emas je la.
terlambat, abis, jangan meroyan eh.
jangan kata xde orang tunjuk jalan mudah nak dapatkan komik ni plak nanti.
emmm.

bagi aku, komik ni merupakan harapan baru untuk merancakkan kembali senario manhua di malaysia yang suram.
A NEW HOPE.

pesan aku satu je, dan pesanan ini amat penting.

PLEASE, JANGANLAH ADA SESIAPA PUN YANG GATAL NAK SCAN DAN UPLOAD KOMIK NI KAT MANA2.

scan komik sepatutnya untuk komik lama sahaja yang sudah tiada di pasaran dan sukar dicari.
bukan scan everything termasuk yang sedang dijual dalam pasaran.
bila semua boleh dapat free, sape yg nak beli komik kat kedai tu?

salah faham yang berlaku ni telah menjadi punca kepupusan manhua.
aku harap, tidak berlaku lagi selepas ini.
sebarang request untuk scan komik ni tidak akan dilayan.
aku pun dah lama x scan apa2.
maybe, it's better this way.

kalo sambutan komik ni ok, ada kura2, labi2, tuntung, penyu, etc mengatakan...
SOMETHING EVEN BETTER WILL BE COMING!!!

x nak bgtau apa2!
kakakakakaka

tata :P

#bayanganwira

3 comments:

Akmall Razlan said...

hi bro,

aku nak beli harimau laut 001, tolong balas email aku, akmallralzan@gmail.com

Rahim said...

Slm bro,
Rase berminat nk beli Dewata Raya complete version. Mohon email ke:
abdrahimbinmohd@gmail.com

HAIKAL GAU said...

Admin tumpang iklan, TQ
UPDATE !!!
14 OGOS 2017,
Hai Semua disini ada tempat baru untuk download komik ! Di blog ini dihimpunkan segala jenis KOMIK2 MALAYSIA, HONGKONG,dan JAPAN( TERJEMAHAN MALAY) dari blog2 & website2 lain. Perbezaan blog ini dengan blog lain ialah korang semua boleh download segaligus komik tersebut (Kompilasi). Saya akan update komik dari semasa ke semasa kalau banyak sambutan.TQ.

ANTARA KOMIK2 YG ADA IALAH KOMIK2 LAGEND SEPERTI :
ALAM PERWIRA
RAJA RIMBA
PEDANG SETIAWAN
DEWATA RAYA
JENGKING MERAH
LINGKARAN TERKUNCIPEDANG SETIAWAN
PENDEKAR LAUT ALL GENERATIONS
JENGKING MERAH
PENDEKAR SAKTI
UNDER 18 COMPLETE SET
KIJIYA
LAWAK KAMPUS
DAN BANYAK LAGI KOMIK2 LAGEND DAN NOLSTALGIA YG LAIN, JADI JEMPUT DATANG DAN LAYARI BLOG NI YER.

SEMUA DI ATAS ADALAH COMPLETE SET DARI AWAL SAMPAI TAMAT MELAINKAN KIJIYA DAN LAWAK KAMPUS STILL (ON GOING) ps: dalam proses merembat..


http://pencurikomikmalaysia.blogspot.kr/

Post a Comment